Pages

Tuesday, November 1, 2011

There's always a lesson of LOVE (Animals)


Mari kita renungkan~~~ How GREAT God created nature......
Lily a 6 year old great dane lost his eyesight due to a rare disease. He became disheartened until he met Madison. They have been together for 5 years and Madison guides Lily by the leash and touches him to make sure he doesn't stumble over anything. The picture reveals how dependant and loving they are to each other.

♥ THERE'S ALWAYS A LESSON OF LOVE TO LEARN FROM ALL ANIMALS ♥

Sources: I took this pic from SOMEBODY in Facebook :)

Thursday, September 22, 2011

Dermatobia Horminis (Spesies lalat yang membiak dalam manusia)

Okay, Miss Rakun nak cerita serba sedikit pasal parasit ni.... hehe... macam best pulak dapat study parasitologi ni, banyak yang boleh kita ketahui tentang persekitaran kita.....

Dermatobia Hominis ini adalah nama manja (spesies) kepada seekor lalat ni... lalat ni dikenali sebagai bot fly ataupun american warble fly (yang membiak dalam badan haiwan).


Bot fly ni, adalah diantara spesies lalat yang membiak dalam badan manusia terutamanya kanak-kanak, lalat ni boleh membiak pada bahagian mata, dan juga bahagian usus. Panjang cacing bot fly ni adalah 2 centimeter lebih.

Kamu baca lah sendiri dalam versi English ni.... hehehe...


Doctors in Honduras removed a 2 centimeter long botfly larva from a child's eye socket.

Only one bot fly species attacks humans, the Dermatobia hominis.

From Wikipedia: Botflies deposit eggs in a host body, or sometimes use an intermediate vector: common houseflies for example.

Eggs are deposited in animal skin directly, or the larvae drop from the egg: the body heat of the animal induces hatching upon contact.

Some forms of botfly also reside in the digestive tract when consumed by a licking action.

Myiasis can be caused by larvae burrowing into the skin (or tissue lining) of the host animal. Mature larvae drop from the host and complete the pupal stage in soil.


P/s: Amacam??? geli kan...... heheehe....

Sources:
http://www.electroherbalism.com/Naturopathy/MiscAltHealthTopics/Parasites/Parasite_Pictures_and_videos.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Dermatobia_hominis

Penyakit Ascariasis (Penyakit yang disebabkan oleh Cacing gelang)



Hi semua.... sudah lama tidak update blog sy ni.... hhehe... maklum la... masuk semester baru, masih busy uruskan hal pelajaran... anyway, di sini saya nak share-kan serba sedikit tentang benda-benda yang saya belajar baru-baru ni... berkenaan parasitologi... iaitu tentang kehidupan parasit-parasit yang hidup pada sekitaran kita.

Sebelum tu, mari kita mengimbau kenangan masa lalu.... pernahkah pada zaman-zaman kecil anda bermain tak pakai selipar apabila bermain kat luar, makan atau lepas ke tandas tak basuh tangan???? hehehe..... sy pasti kebanyakan diantara kamu pernah mengalaminya.....

Untuk pengetahuan anda, jangkitan cacing adalah antara punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika, contohnya, seperti negara kita sendiri Malaysia. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan berbilion orang malahan membunuh jutaan yang lain setiap tahun.



Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan
usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak.

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai
komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh
menghisap darah dalam usus.




Jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan cacing yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilian jangkitan (hasil kajian daripada WHO)


Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak
yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang
cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran
(Stephenson et al 1998).

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi
kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan
seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006
ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap
dijangkiti.


Cacing dan jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang
berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur
cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan
yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing
dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru
sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing
yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh
menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik
sebelum penyediaan makanan.



Ibu bapa harus memberi perhatian terhadap kebersihan anak-anak mereka

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah
kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh
membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat
dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan
kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.



Antara jenis-jenis (spesies-spesies) cacing yang boleh membawa jangkitan yang serius:
Komplikasi:

  • A) Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides)
    Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan
    tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak
    itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan
    pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang
    menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan
    vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.


    Penghijrahan cacing:
    Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom
    batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan
    pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit
    perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing
    boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.


  • B) Cacing cemeti (Triciuris Trichuria)
    Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah
    berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing
    yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh
    menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat
    dilihat pada permukaan usus itu.

  • C) Cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum)
    Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau
    anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia
    boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang
    kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan
    jantung.






Simptom:

  • Kurang selera makan
  • Tumbesaran terganggu
  • Kerap muntah
  • Sakit perut
  • Kerap cirit-birit
  • Pucat
  • Gatal pada dubur

P/s: Jagalah kebersihan sekeliling anda..... basuh tangan sebelum makan, selepas ke tandas.... masyarakat pada zaman sekarang kurang mengambil perhatian terhadap masalah jangkitan cacing ini, jangkitan cacing ini adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan awal. Sekian daripada saya MISS RAKUN :) Selamat menimbah ilmu pengetahuan semua.... hohoho~

Kalau nak tengo gambar-gambar yang lebih EXTREME tentang jangkitan cacing terhadap manusia, anda boleh click link kat bawa ni. (maaf lah sy tak upload gambar-gambar tu kat blog ni, sangat geli.... serius nak muntah...huhu )
http://www.electroherbalism.com/Naturopathy/MiscAltHealthTopics/Parasites/Parasite_Pictures_and_videos.htm

Sources:
http://www.free-health-care.com/intestinal_diseases/ascariasis.htm
http://www.sioloon.com/t8633-jangkitan-cacing-ganggu-tumbesaran

Saturday, September 3, 2011

[Video] When Cats Pray... LOL!!!

Kucing pun pandai sembahyang juga!

believe it or not... jom kita lihat sama-sama. hehehe






So amacam?? hehehe... kucing pun pandai buat confession juga...hahah!


Source: Youtube

Tuesday, August 23, 2011

[Gambar] "Kasih Sayang" pembelajaran yang diilham dari alam semula jadi


Monkey decided to become a mother…Anjana the chimpanzee is well qualified to be a kitten-sitter. Since orphaned puma cub Sierra turned up at the zoo, Anjana has helped her human carers with all the feeding, cuddling and chasing duties. The chimpanzee, who is five, has lived her whole life at The Institute of Greatly Endangered and Rare Species (TIGERS) in South Carolina, in the U.S..

She learned to care for little big cats while in the charge of resident feline curator China York. Park director Dr Bhagavan Antle said: ‘Chimpanzees are great learners and imitators so it wasn’t long before she took on the right behaviours that were necessary to keep the kittens in line.



Awww... sooo sweet ^^

Monday, August 8, 2011

[Gambar] What?!!BUAYA sebagai binatang PELIHARAAN??!!!



Okay.... siapa cakap buaya tidak boleh dijadikan binatang peliharaan ??? ...boleh baa.... kenapa tidak pecaya??? tengo lah sendiri....hohoho~

Half Zebra + Half Giraffe = Okapi???!!



Okay, meh sini Miss Raccoon nak critakan serba sedikit tentang binatang ni....
kalau diikutkan....rupa binatang ni seolah-olah zebra....tapi bila pandang kedua kali, macam zirafah lah plak...?? hehe... sebenarnya nama binatang ni ialah... OKAPI..

Okapi
(disebut oh-COP-ee) adalah binatang yang unik. Dengan belang hitam putih dan berjalur bahagian kaki depan, dan kelihatan seperti kuda belang (zebra)! Tetapi kita melihat di bahagian kepala Okapi dan anda akan melihat persamaan kepada zirafah.

Thursday, August 4, 2011

[Gambar] Top 10 gambar PREHISTORIC FISH!!!



Okay, Jom kita saksikan ikan-ikan Prehistoric yang dipercayai pernah wujud pada zaman dinosaur lagi.... dan masih wujud pada masa kini.... cool huh? hehee....

WHAT?!! KUCING yang mempunyai SAYAP?!!!


Okay meh sini Miss Raccoon critakan skit pasal Kucing yang ada sayap ni....hihi

Menurut daripada News daripada Paper London, pihak saintis percaya ketumbuhan pada kucing, yang ditemui di Chongqing, China, telah disebabkan oleh bahan kimia yang ditelan oleh ibu kucing semasa mengandung. Ketumbuhan itu juga adalah kemungkinan juga bahawa kecacatan yang maju daripada dua embrio gabungan.

okay, jom lihat gambar-gambar kucing comel ni.... :D

Wednesday, August 3, 2011

[Gambar] KOLEKSI gambar HAIWAN ALBINO!!!!!

Okay, sebelum tu, meh...Miss Raccoon critakan serba sedikit macam mana terjadinya Albinism. Albinism adalah gangguan kongenital yang dicirikan oleh ketiadaan lengkap sebahagian daripada pigmen dalam kulit, rambut dan mata kerana ketiadaan atau kecacatan enzim yang terlibat dalam pengeluaran melanin.

Albinism ni juga disebabkan daripada keluarga yang mempunyai keturunan yang pernah mengalami Albinism....

Tapi jangan lah takut... kehidupan manusia atau haiwan yang Albino adalah normal seperti yang lain.. cuma lebih putih jerr..... hehe.... Namun, pancaran berlebihan daripada cahaya UV bagi mereka yang menghidap Albino adalah lebih sensitif berbanding mereka yang normal. Kerana mereka yang menghidapi Albinism lebih kerap mendapat SKIN CANCER berbanding yang normal... so, itu ja cerita tentang Albinism serba sedikit...hehee

Skarang jom lihat gambar-gambar haiwan-haiwan Albino ni....

Monday, August 1, 2011

Ayam BERJALAN seperti PENGUIN!!!!!


Amboi..amboi....ayam ni prasan betol nak jadi penguin.... haha.... Tengo tuh cara ayam tu berdiri dan berjalan...betul-betul seiras dengan penguin.... hehee

memang pelik tapi benar.... maybe ayam ni mengalami kecacatan dari kecil kot...tu la dia berdiri macam tu...ala-ala penguin giteww....hehehe

WOW! Anjing BERANAK sebanyak 17 EKOR anak anjing!!!



Wow!! unbelievable...!! Anjing beranak sebanyak 17 puppies.... Hebat!! hehe.... sedangkan anjing saya d rumah pun paling banyak pun branak sampai 7 ekor puppies ja...
but its not impossible...things happen naturally.....

[Gambar] Alligator + Fish = Alligator FISH????!!



Alligator fish atau dikenali sebagai Alligator Gar adalah spesies yang terbesar dalam sungai air tawar. Alligator fish ni mempunyai rupa seperti buaya Alligator... (well, tengo ja bahagian mukanya...memang hampir sama dengan Alligator)... Alligator ni dijumpai di bahagian North America... dan boleh membesar sehingga 8 hingga 10 kaki... (memang besar dowh!..)

[Gambar] 3 SINGA vs CROCODILE!!!


Predator versus Predator....

Pertempuran sengit diantara singa dan buaya... siapa menang???

Jom lihat sama-sama


Friday, July 29, 2011

GORILLA berjalan seperti MANUSIA!!!!


Seperti yang anda tahu, gorilla biasa akan menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya untuk berjalan seperti biasa...namun demikian, Ambam (nama manja gorilla ni)... berlainan sedikit dengan geng-geng gorillanya yang lain.... Ambam berjalan menggunakan hanya kedua-dua kakinya.... the only gorilla yang prefer berjalan seperti manusia...haha...
tengo ja badan.....kalau buka smua bulu dia, kasih pakai baju...konfom macam manusia jadinya... hahaha!!!....

[Gambar] LAWAK!!! Koleksi Gambar Kucing TERBANG!!

Kepada Pencinta kucing sekalian.... inilah...keadaan sebenar bila kucing anda melompat.... hahaa... lawak bila tengo semua gambar-gambar kucing ni.... hahahaa!!!!

Jom saksikan bersama-sama^^

Monday, July 25, 2011

[Gambar]10 Haiwan Herbivore Yang PALING merbahaya !!


Sebahagian besar orang menganggap bahwa haiwan-haiwna pemakan daging atau karnivor adalah haiwan yang sangat merbahaya, kerana memang begitulah adanya. Banyak haiwan pemakan daging atau karnivor yang kedapatan mencelakakan atau membunuh manusia seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain.

Tetapi bukan bererti bahawa haiwan herbivor atau haiwan pemakan daging bukan haiwan yang merbahaya!

Okeh! jom kita lihat sama-sama tentang haiwan-haiwan herbivor yang paling merbahaya ni...

[Gambar] Hamster TERBESAR di Dunia !


Hamster adalah haiwan pengerat yang termasuk ke dalam subfamili Cricetinae. The subfamili berisi sekitar 25 spesies, diklasifikasikan dalam enam atau tujuh genus. Di alam liar, mereka menggali bawah tanah di siang hari untuk menghindari predator. Makanan mereka dari berbagai makanan, termasuk makanan kering, berry, kacang-kacangan, buah-buahan dan sayuran segar.

Hamster yang boleh membesar seperti binatang macam gambar di bawah tu...adalah daripada spesis Guinea Pig (kot..)

[Gambar] 10 Haiwan yang PALING SUSAH ditemukan di DUNIA!!!

Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti kedalaman laut atau gua yang sangat dalam. Haiwan-haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling indah, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling susah ditemukan di dunia.

Okay, jom kita lihat sama-sama...hihi :

[Pelik] Ular Putih Berkepala Dua Hebohkan Ukraina !!


Seekor ular berkepala dua yang bisa makan dari kedua mulutnya dan bahkan berebut makanan, menjadi bintang baru di kebun binatang Ukraina.

Sunday, July 24, 2011

Patung RAKUN pun ble JADI laa....!!!


[Gambar] KATAK terbesar di DUNIA!!!

Namanya Goliath Frog (Conraua goliath).

Habitatnya di Sungai Benito, Cameroon , Afrika Barat (dekat Gabon ).

Panjangnya boleh mencapai 33 cm (tanpa kaki yang dipanjangkan) dan beratnya biasanya boleh mencapai 3,3 kg. Kalau sedang duduk akan terlihat sebesar kucing. Anak-anak di Afrika nampaknya sudah biasa dan mungkin saja jadi binatang kesayangan dan peliharaan. Wow, di Malaysia binatang peliharaannya kucing atau anjing. Di

Saturday, July 23, 2011

Lion + Tiger = Liger???


Apa Itu Ligers???

Liger

Liger adalah seekor kucing yang dilahirkan hasil daripada persenyawaan diantara Singa jantan dan Harimau betina. So, kombinasi ni menghasilkan anak yang mempunyai karakter dan bentuk rupa seperti Singa. Tetapi, apabila persenyawaan berlaku diantara Singa betina dan harimau jantan... maka karakter dan rupa bentuknya hampir sama sama seperti harimau dan dikenali sebagai Tigon.

FAKTA menarik tentang HAIWAN


Meh lihat sama-sama..... fakta-fakta menarik tentang haiwan.....

Friday, July 22, 2011

[Gambar] 15 Worst Pet Owners dalam INTERNET!

Hmm.....

What pets owners find to be cute, silly, picture-perfect or just good fun can sometimes border on abuse but mostly just end up being annoying for the pet or at least a disappointment in their caretaker. And who can blame them? While we are being slightly sarcastic, there’s still little dignity in some of these situations.

Walauapapun, Jom Saksikan gambar-gambar di bawah ni....

[Gambar] Memang PELIK laa...binatang ni....

Okay, kali ni gambar-gambar semestinya yang best-best punya!.... sy dapat info ni dari blog orang lain...hihihi... copy n paste skejap...
sumber :http://blog.rounds.com/weird-animals/ (feel free to visit that blog)

[Gambar] Hebat!! Binatang yang boleh MENYAMAR bermacam-macam jenis hidupan laut (MIMIC OCTOPUS)

Thursday, July 21, 2011

[Gambar]Pesta MEMBUNUH Dolphin setiap tahun di Denmark




Memang perbuatan manusia pada zaman sekarang semakin menjadi... lihat ja binatang tu...kekejaman remaja yang membunuh Dolphin beramai-ramai...Peristiwa ini berlaku di Faroe Island, Denmark, setiap tahun tebingnya akan bertukar menjadi merah bukan kerana perubahan musim ataupun ajaran agama...tetapi kekejaman remaja yang membunuh Dolphin beramai-ramai. Mereka itdak membunuh dolphin sekaligus tetapi melakukannya potongan sebanyak tiga kali sambil membiarkan dolphin ini menangis seperti bayi.

[Gambar] Sugar Glider yang KIUT! hehe..


Ni lah Sugar Glider, haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. (datang daripada family kangaroo... tapi ni kecil skit...heheh)..Sugar Glider ni berasal daripada area2 seperti Australia, New Guinea dan juga pulau-pulau di Indonesia, Binatang ni.....boleh dijadikan haiwan peliharaan..

Friday, July 15, 2011

[Gambar] Kiutnya.... KEMBAR berlainan Species!!!

Kembar Tapi Berlainan Species.... macam nak peluk-peluk pun ada....aloooo....comelnya.... hihii

[Gambar] 10 jenis binatang yang PELIK dan MENAKUTKAN!!!


Hello again, okay di sini, terdapat 10 lagi binatang yang paling menakutkan dalam dunia... sorry, sy copy paste ja information ni... Saja...supaya membuat pembaca lebih senang untuk membacanya... Tapi lihatlah sendiri.... sama ada anda pernah melihat atau tidak binatang yang berada di bawah ni... heheh

[Gambar] 10 Binatang yang paling NGERI dan MENAKUTKAN pada manusia


[Video] Lawak!!! Kucing MENYALAK mcm ANJING..haha




Lawak... kucing menyalak macam anjing tetapi mengiau apabila dilihat oleh tuannya....

pandai betul kucing ni pura-pura aaa...... kadapatan butul.... hahaha!!!


Saksikanlah sendiri.... hahah

Wednesday, July 13, 2011

Apa?!! ada species lain rupa macam RAKUN?!!!

APa??? biar betul??!! Macam rupa Rakun pun ada.... hehe... (saja bikin suspen..hehe), Actually, ini Namanya Red Panda, si panda merah ni... asalnya daripada keluarga panda (tengo nama pun sudah tau...alaa..panda yang hitam putih tuh...), kalau ikutkan makanan kegemarannya sama macam si panda iaitu daun bamboo....

Fakta Ringkas Tentang Red Panda ni...

Siapa bah Si Rakun ni????

Siapa bah si rakun ni sebenarnya??? meh...sini sy cerita serba-sedikit tentang si rakun ni.... si rakun ni adalah species Procyon lotor, dan juga dikenali sebagai Nothern Raccoon, Common Raccoon, Washer Bear or Coon, biasanya berasal daripada North America (daripada Southern Canada hingga Panama). (kalo ada d sabah kan bagus...buli sy peluk-peluk ni..)

Welkum, Welkum.... it's Rakun in da House!!



Wassup!, Wassup!... its miss rakun in da house y'all!!!...
ok.. kepada visitor yg sedang melihat blog ini.... jangan malu-malu...lihat sija... ruang ni adalah tempat di mana sy mau share apa-apa ja information sma kmu semua... (sorry tulisan tangan sy ada buruk sikit...maklumlah baru belajar menulis blog) Wahaha!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Antara Post yang Popular