
Siapa bah si rakun ni sebenarnya??? meh...sini sy cerita serba-sedikit tentang si rakun ni.... si rakun ni adalah species Procyon lotor, dan juga dikenali sebagai Nothern Raccoon, Common Raccoon, Washer Bear or Coon, biasanya berasal daripada North America (daripada Southern Canada hingga Panama). (kalo ada d sabah kan bagus...buli sy peluk-peluk ni..)
Si Rakun ni adalah haiwan Omnivorous, iaitu makanan yang si rakun makan, seperti ikan, sayur, haiwan kecil, serangga, buah-buahan.... (memang sesuai juga la kalo mo piara ni haiwan)


Habitat si rakun ni sebenarnya di dalam hutan yang tebal dan duduk berkelompok dengan rakun-rakun yang lain....namun, oleh sebab bulu diorang tlampau tebal, banyak yang pemburu haram mau bunuh si rakun. (budu bah tu urang tu... tidak berhati perut betul! )
Anyway, diorang memburu rakun ni pun sebab untuk mendapatkan bulu mereka yang tebal itu... (well, boleh bikin baju gia tu..), oleh itu... rakun-rakun ni telah adapt di tempat-tempat bahagian urban areas di mana diorang kena consider sebagai pest sebab makan sampah-sarap dan mencuri makanan. (Tengo tu.... gara-gara perbuatan manusia...kebanyakkan rakun teda tempat tinggal yang harmoni..budu)
.


Yang ni saja untuk pengetahuan anda.... heheheScientific classification
- Kingdom: Animalia
- Phylum: Chordata
- Class: Mammalia
- Order: Carnivora
- Family: Procyonidae
- Genus: Procyon
- Species: P. lotor
Binomial name
Procyon lotor (Linnaeus, 1758)
Synonyms
Ursus lotor Linnaeus, 1758
Si Rakun ni boleh dijadikan binatang peliharaan. Tetapi kena tengo la sendiri cara tuan tu handle binatang ni.... Biasanya haiwan macam ni, kalau di piara bagus... maka jinak la ia... tapi kalau tidak di jaga bagus-bagus...maka tidak jinak la dia.... hehehe.....Tapi sy dengar di malaysia ni ada menjual rakun sebagai binatang peliharaan... (kalau sy ada duit ...konform sy bili....hihihi)
cit..cit..cit... si rakun berbunyi... hehe
Sumber: http://wallpaper.searchrealm.com/information/Raccoon.html
Dia mmg jinak ke?.mmg mnat rakun ni..mmg comel :D
ReplyDelete