Pages

Tuesday, November 1, 2011

There's always a lesson of LOVE (Animals)


Mari kita renungkan~~~ How GREAT God created nature......
Lily a 6 year old great dane lost his eyesight due to a rare disease. He became disheartened until he met Madison. They have been together for 5 years and Madison guides Lily by the leash and touches him to make sure he doesn't stumble over anything. The picture reveals how dependant and loving they are to each other.

♥ THERE'S ALWAYS A LESSON OF LOVE TO LEARN FROM ALL ANIMALS ♥

Sources: I took this pic from SOMEBODY in Facebook :)

Thursday, September 22, 2011

Dermatobia Horminis (Spesies lalat yang membiak dalam manusia)

Okay, Miss Rakun nak cerita serba sedikit pasal parasit ni.... hehe... macam best pulak dapat study parasitologi ni, banyak yang boleh kita ketahui tentang persekitaran kita.....

Dermatobia Hominis ini adalah nama manja (spesies) kepada seekor lalat ni... lalat ni dikenali sebagai bot fly ataupun american warble fly (yang membiak dalam badan haiwan).


Bot fly ni, adalah diantara spesies lalat yang membiak dalam badan manusia terutamanya kanak-kanak, lalat ni boleh membiak pada bahagian mata, dan juga bahagian usus. Panjang cacing bot fly ni adalah 2 centimeter lebih.

Kamu baca lah sendiri dalam versi English ni.... hehehe...


Doctors in Honduras removed a 2 centimeter long botfly larva from a child's eye socket.

Only one bot fly species attacks humans, the Dermatobia hominis.

From Wikipedia: Botflies deposit eggs in a host body, or sometimes use an intermediate vector: common houseflies for example.

Eggs are deposited in animal skin directly, or the larvae drop from the egg: the body heat of the animal induces hatching upon contact.

Some forms of botfly also reside in the digestive tract when consumed by a licking action.

Myiasis can be caused by larvae burrowing into the skin (or tissue lining) of the host animal. Mature larvae drop from the host and complete the pupal stage in soil.


P/s: Amacam??? geli kan...... heheehe....

Sources:
http://www.electroherbalism.com/Naturopathy/MiscAltHealthTopics/Parasites/Parasite_Pictures_and_videos.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Dermatobia_hominis

Penyakit Ascariasis (Penyakit yang disebabkan oleh Cacing gelang)



Hi semua.... sudah lama tidak update blog sy ni.... hhehe... maklum la... masuk semester baru, masih busy uruskan hal pelajaran... anyway, di sini saya nak share-kan serba sedikit tentang benda-benda yang saya belajar baru-baru ni... berkenaan parasitologi... iaitu tentang kehidupan parasit-parasit yang hidup pada sekitaran kita.

Sebelum tu, mari kita mengimbau kenangan masa lalu.... pernahkah pada zaman-zaman kecil anda bermain tak pakai selipar apabila bermain kat luar, makan atau lepas ke tandas tak basuh tangan???? hehehe..... sy pasti kebanyakan diantara kamu pernah mengalaminya.....

Untuk pengetahuan anda, jangkitan cacing adalah antara punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika, contohnya, seperti negara kita sendiri Malaysia. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan berbilion orang malahan membunuh jutaan yang lain setiap tahun.



Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan
usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak.

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai
komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh
menghisap darah dalam usus.




Jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan cacing yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilian jangkitan (hasil kajian daripada WHO)


Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak
yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang
cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran
(Stephenson et al 1998).

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi
kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan
seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006
ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap
dijangkiti.


Cacing dan jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang
berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur
cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan
yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing
dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru
sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing
yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh
menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik
sebelum penyediaan makanan.



Ibu bapa harus memberi perhatian terhadap kebersihan anak-anak mereka

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah
kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh
membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat
dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan
kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.



Antara jenis-jenis (spesies-spesies) cacing yang boleh membawa jangkitan yang serius:
Komplikasi:

  • A) Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides)
    Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan
    tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak
    itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan
    pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang
    menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan
    vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.


    Penghijrahan cacing:
    Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom
    batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan
    pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit
    perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing
    boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.


  • B) Cacing cemeti (Triciuris Trichuria)
    Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah
    berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing
    yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh
    menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat
    dilihat pada permukaan usus itu.

  • C) Cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum)
    Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau
    anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia
    boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang
    kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan
    jantung.






Simptom:

  • Kurang selera makan
  • Tumbesaran terganggu
  • Kerap muntah
  • Sakit perut
  • Kerap cirit-birit
  • Pucat
  • Gatal pada dubur

P/s: Jagalah kebersihan sekeliling anda..... basuh tangan sebelum makan, selepas ke tandas.... masyarakat pada zaman sekarang kurang mengambil perhatian terhadap masalah jangkitan cacing ini, jangkitan cacing ini adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan awal. Sekian daripada saya MISS RAKUN :) Selamat menimbah ilmu pengetahuan semua.... hohoho~

Kalau nak tengo gambar-gambar yang lebih EXTREME tentang jangkitan cacing terhadap manusia, anda boleh click link kat bawa ni. (maaf lah sy tak upload gambar-gambar tu kat blog ni, sangat geli.... serius nak muntah...huhu )
http://www.electroherbalism.com/Naturopathy/MiscAltHealthTopics/Parasites/Parasite_Pictures_and_videos.htm

Sources:
http://www.free-health-care.com/intestinal_diseases/ascariasis.htm
http://www.sioloon.com/t8633-jangkitan-cacing-ganggu-tumbesaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Antara Post yang Popular